Tuesday 24 May 2016

24hb May 2016 - Facebook Pages Kami.

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua , kami telahpun ada page facebook berkaitan pokok Tin yang diuruskan oleh isteri saya sendiri iaitu  " Seriputra Figs " . Nama ini dipilih kerana kami tinggal di kawasan Seri Putra Bangi. Jadi mudah kawan-kawan ingat untuk ke tempat kami nanti.

Bagi kawan-kawan yang belum lagi tengok page tersebut boleh la klik kat link yang saya sertakan dibawah nanti. Banyak gambar-gambar yang diuploadkan disitu. Biasa lah orang perempuan ni suka main kamera ..hehehe. Sila klik pada perkataan Seriputra Figs di bawah.
Terima Kasih



Monday 23 May 2016

24hb May 2016 - Memetik buah Tin Segar ( GAMBAR)

Assalamualaikum

Minggu rezeki memetik buah tin segar di halaman rumah kami , Alhamdulillah banyak yang masak ranum. Selepas 9 bulan fokus pada penanaman pokok Tin kami telah pun makan buah tin segar dari kebun sendiri. pelbagai jenis yang masak minggu ini.. sedap-sedap belaka.
Klik untuk melihat gambar-gambar buah tin yang kami petik.
Buah Tin Segar

Tuesday 17 May 2016

17hb May 2016 - Memetik Buah Tin Masak

Assalamualaikum

Kepada peminat-peminat pokok Tin , nak update hari ini memetik beberapa Variety telahpun masak iaitu

1) Red Libya
2) Jumbo
3) Super Jumbo
4) Noire de bellone.

Jom layan gambar-gambar buah tin segar. Klik disini

Sunday 8 May 2016

9hb May 2016 - Stock Pokok Tin Untuk Dijual

Assalamualaikum

Saya ada beberapa jenis pokok Tin untuk dijual. Kepada yang berminat bolehlah klik link di bawah ini.
Jualan Pokok Tin


Thursday 5 May 2016

5hb May 2016 - Variety Super Jumbo dan Anggur Isabella ( GAMBAR )

Assalamualaikum


Jom layan gambar-gambar buah Tin variety Super Jumbo dan juga Anggur Isabella.
Klik disini Buah Tin Super Jumbo



25hb April 2016 - Pokok-Pokok Telahpun Berbuah ( GAMBAR )

Bismillahirahmanirahim

Perkembangan anak pokok Tin yang telahpun di tanam ( di tukar pasu besar) baru-baru ini. Selepas beberapa kali mencuba campuran tanah yang sesuai. lebih cepat membesar dan lebih cepat berbuah.


Sila klik di sini : Pokok yang berbuah

21hb April 2016 - Pokok Apa Ni ? Jom Cuba Tanam

Bismillahirahmanirahim

Kali ini saya dapat membeli anak pokok GAC . Asal dari Vietnam. Kebanyakkan orang-orang kita tidak pernah jumpa atau makan buah GAC ini.

Saya pun kali pertama jumpa dan terus membeli anak-anak pokok GAC. Kali ini cuma dapat 4 pokok sahaja. So saya akan cuba biakkan . doakan yang terbaik untuk pokok exotic ini.

Gambar Sumber Internet

  Gambar di rumah sahabat yang telahpun berjaya menanam pokok ini.

 Contoh bunga jantan. Apabila berbunga dan berkembangan kita perlu " kahwin" kan bunga jantan tu pada bunga betina. Bunga betina seperti dibawah

 contoh bunga betina.

Ada beberapa ilmu yang dapat saya kongsikan kepada pembaca. Pokok ini mempunyai bunga betina dan bunga jantan , jadinya kita perlu kahwinkan bunga-bunga tersebut. Menurut daripada encik Zul , beliau membuat pendebungaan setiap kali bunga jantan/betina berkembang. Saya telahpun membeli 6 pokok untuk ditanam . Dua pokok telahpun diberkan kepada sahabat baik saya di Kedah. In Shaa Allah saya akan mengupdate lagi berkenaan pokok ini.

Minggu ini pun kami telahpun menanam pokok Anggur... saya akan update pasal anggur jugak nanti.


Terima Kasih