Friday 15 November 2019

Assalamualaikum
Cafe & animals farm ( tutup )
15hb - 17hb Nov 2019
Mohon maaf, Kami cuti beberapa hari kerana pemergian abah kami . Semoga roh abah dicucuri rahmat ALLAH S.W.T
Aminn.
.
.
#pakteh_farm #makteh_sweetbakers


Friday 25 October 2019

26hb Oct 2019 - Horse riding (joy ride untuk kanak2 sahaja)

Assalamualaikum
Selamat pagi.. selamat bercuti semua.
Untuk info ,

Hari ni kami beroperasi seperti biasa ye.
Waktu Operasi pukul 2.45pm.
Lokasi Kami di kampung chinchin jasin
Address :
Lorong loji air 08, Jalan loji air kampung chinchin

info farm and cafe:

F A R M kami berkonsepkan cafe & animals farm yg berkeluasan hampir dua ekar. tuan-tuan boleh minum bersantai sambil melihat keindahan taman haiwan jinak. Sambil minum2 petang , boleh bawa anak2 buat lawatan ke petting zoo, bermain dgn haiwan2 seperti rabbits, guinea pig, hedgehog , dan pelbagai jenis burung seperti merak , burung kuang emas , kuda-kuda , ostrich, ayam giant cochin, ayam brahma, silver laced bantam, polish , ayam mutiara dan macam2 lagi haiwan ternakan lain. Lokasi di jasin Melaka.

Ada beberapa section di farm kami.
1) Animals Farm
2) Pets Play Pen
3) Climbing Wall
4) Riding Horse

#paktehfarm_legacy #pakteh_petshop #pakteh_agrofarm #pakteh_farm #kampungku #kampungchinchin #jasin #farmland #farmlifebestlife #farmlife #farmcafe #miniostrichfarm #minifarm #minizoo #tangkak #merlimau #muar

 Whatapps : 0176410008
FB Page: https://www.facebook.com/Pakteh.Farm/
Landmark : Cari surau loji air kampung chinchin. Lepas tu cari Lorong loji air 08. Naik ke atas terus. Nanti jumpa farm kami.
Tel: 0176410008



Tuesday 15 October 2019

16hb Okt 2019 - Aktiviti anak kami waktu pagi

Assalamualaikum

Yg ni anak kami si A I S Y :

Saya suka suasana pagi macam ni. Syukur pada ALLAH. Syukur diberikan nikmat sementara. . Syukur kita ada masa bersama anak2 di setiap waktu.

a i s y b a h a g i a h i d u p d i k a m p u n g.

Kalau dgr nama adik syukur khamis ( Mowgli Malaysia) , mesti terbayangkan suasana kampung yg damai , adik syukur bersama ternakan kerbau beliau.

Kat rumah saya ada juga yg minat haiwan tapi tak sehebat adik syukur. Pagi2 lagi dia dh pi kejar haiwan-haiwan . Pi peluk haiwan. Kanak2 mcm ni suka explore. Dia nk tahu segala nya. Kalau waktu mcm ni saya lebih suka bawa dia keluar rumah. Dulu2 bila terjaga dari tido , benda pertama dia Cari adalah handfone. Tgk YouTube, main game. Benda ni yg merisaukan saya. Betol tak?

Kalu anda nak bawa anak2 ke sini. Especially waktu petang around pukul 6pm . Time ni kami bagi makan haiwan-haiwan yg lepas bebas. Anak2 anda boleh cuba bagi makan haiwan2 yg ada di sini.

Perancangan akan datang :
2018.
Kami bermula dengan beberapa ekor ayam. Kini dh dah hampir 200 ekor kesemuanya termasuk kuda-kuda, burung2 di sangkar , biri2 di farm. Kadang-kadang memerlukan pertolongan anak2 , bagi makan, minum, masukkan ke reban apabila hari dh senja.
Pelbagai jenis haiwan yang akan masuk ke farm kami especially jenis tidak memerlukan lesen ( non-cities) dan selagi tidak memerlukan kos yg tinggi . In Sha ALLAH.

Cafe mama:
Sama juga di cafe mama, anak2 juga dpt membantu kerja2 Di dapur, kemas meja makan, ambil order customer , adakalanya minta anak2 bantu buat kuih. At least mereka ada aktiviti lain . Kalau takde , mereka mengadap handfone saja.

Akhir sekali :
J O M L A Y A N G A M B A R A I S Y













Info farm and cafe:

F A R M kami berkonsepkan cafe & animals farm yg berkeluasan hampir dua ekar. tuan-tuan boleh minum bersantai sambil melihat keindahan taman haiwan jinak. Sambil minum2 petang , boleh bawa anak2 buat lawatan ke petting zoo, bermain dgn haiwan2 seperti rabbits, guinea pig, hedgehog , dan pelbagai jenis burung seperti merak , burung kuang emas , kuda-kuda , ostrich, ayam giant cochin, ayam brahma, silver laced bantam, polish , ayam mutiara dan macam2 lagi haiwan ternakan lain. @ Pak Teh Farm

Saturday 12 October 2019

13hb okt 2019 - Farm kami officially open to public.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Alhamdulillah , segala puji bagi ALLAH yg memberi kami sekeluarga rezeki yang tidak putus - putus biar pun kami baru sahaja satu tahun lebih full time penternak & bekerja sendiri.

Utk perkembangan terbaru Kami telahpun membuka animals farm & café. Apa yg ada di sini kebanyakkan haiwan-haiwan jinak ( koleksi kami bukan la mcm zoo) . Harga lawatan agak rendah memandangkan haiwan2 cuma ada around 200 ekor. Rm5 ( dewasa) Dan rm4 (kanak2). Joy riding horse Rm5/per ride.























Haiwan-haiwan yang ada seperti burung2, ayam exotic, kuda-kuda , burung unta , biri2 , arnab , hedge hog , guinea pig, guinea fowl , burung merak , burung kuang emas.
In Sha ALLAH Kami akan tambah baik lagi dimasa akan datang.

Perancangan akan datang:
Kami yakin ini adalah salah satu usaha anak tempatan , Kami akan cuba berhubung terus dengan beberapa agensi kerajaan untuk membantu dari segi pengiklanan, penambah baik fasiliti haiwan-haiwan disini.

Ada yang bertanya keluasan farm kami. Ia cuma berukuran around hampir 2 ekar yg boleh memuatkan pelbagai jenis haiwan.

Selain dari itu, konsep animals farm & cafe ini adalah berlainan dari tempat-tempat makan yang ada di sekitar melaka ini. Menu utama di cafe ini adalah char kuey teow udang , Bihun sup tulang dan coconut shake.

Rancangan kami adalah untuk memperbesarkan lagi cafe ini. Kerana pada waktu-waktu tertentu adakalanya penuh dengan pelanggan dari luar daerah #jasin .
Ada yang kata kuih muih kami sedap2 belaka. Hehe. Alhamdulillah.
In Sha Allah Kami akan cuba yg terbaik utk kekalkan rasa dan kualiti kuih muih kami.

Sekian
Admin (Pakteh Farm)

Sunday 31 March 2019

01 April 2019 - perkembangan terbaru farm kami

Assalamualaikum
Dah lama tak update blog kerana kebiasaan saya Akan iklan stock utk jualan di Facebook atau Di Instagram.
Anda boleh follow ig "pakteh farm" . Utk pengetahuan semua Kami telahpun berpindah ke Melaka pada tahun lepas (2018). Kami telahpun dirikan sebuah rumah di dalam kebun seluas 1 ekat setengah. Alhamdulillah , segala perancangan berjalan lancar.
Utk stage ke 2 , Kami akan update lagi ye. Banyak benda nk buat lagi.
No tel Kami 017 641 0008

Admin
(Pakteh)



Wednesday 12 September 2018

12 sept 2018 - stock baby electus dan sc

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Maaf dah lama tak update blog ni. Jualan banyak tapi Kami iklan di Instagram dan Facebook page.

1) baby eclectus female
Umur : 6 weeks
Harga : RM2400 ( nego )
Available 2 ekor
Masih handfeeding

2) baby sun conure
Umur : 6 weeks
Harga : RM550 (nego)
Available 2 ekor
Masih handfeeding

Wasap : 0176410008
Lokasi kedai di kampung chinchin jasin melaka

Saturday 17 March 2018

18 march 2018 - Kami telahpun berpindah ke Melaka

Alhamdulillah
Seperti dirancang dulu. Pada tahun 2013 tak silap saya. Kami berangan-angan utk membuka sebuah farm utk keluarga kami.

Lokasi:
Allah adalah sebaik-baik perancang. Kami telahpun mula menapak di tempat baru pada january 2018.Lokasi kami Di kampung chinchin jasin melaka.
Kebun masih dalam pembikinan.
Step pertama adalah berpindah dari kehidupan Bandar kepada kehidupan di luar bandar.

Nekad:
Kami tinggalkan kesibukkkan Kota KL. Saya berhenti kerja sebagai seorang jurutera IT Dan isteri saya melepaskan jawatan sebagai senior executive accounts di syarikat Oil n Gas pada thn 2016. Kini menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga 4 cahaya mata kami.

Langkah pertama:
Kami  telahpun membuka sebuah kedai haiwan peliharaan di jalan utama dari Bandar jasin - Bandar tangkak.
Hmm bnyk juga yg nk diceritakan nanti Kami akan sambung.

Hubungi Kami 0176410008(pakteh)