Tuesday 15 October 2019

16hb Okt 2019 - Aktiviti anak kami waktu pagi

Assalamualaikum

Yg ni anak kami si A I S Y :

Saya suka suasana pagi macam ni. Syukur pada ALLAH. Syukur diberikan nikmat sementara. . Syukur kita ada masa bersama anak2 di setiap waktu.

a i s y b a h a g i a h i d u p d i k a m p u n g.

Kalau dgr nama adik syukur khamis ( Mowgli Malaysia) , mesti terbayangkan suasana kampung yg damai , adik syukur bersama ternakan kerbau beliau.

Kat rumah saya ada juga yg minat haiwan tapi tak sehebat adik syukur. Pagi2 lagi dia dh pi kejar haiwan-haiwan . Pi peluk haiwan. Kanak2 mcm ni suka explore. Dia nk tahu segala nya. Kalau waktu mcm ni saya lebih suka bawa dia keluar rumah. Dulu2 bila terjaga dari tido , benda pertama dia Cari adalah handfone. Tgk YouTube, main game. Benda ni yg merisaukan saya. Betol tak?

Kalu anda nak bawa anak2 ke sini. Especially waktu petang around pukul 6pm . Time ni kami bagi makan haiwan-haiwan yg lepas bebas. Anak2 anda boleh cuba bagi makan haiwan2 yg ada di sini.

Perancangan akan datang :
2018.
Kami bermula dengan beberapa ekor ayam. Kini dh dah hampir 200 ekor kesemuanya termasuk kuda-kuda, burung2 di sangkar , biri2 di farm. Kadang-kadang memerlukan pertolongan anak2 , bagi makan, minum, masukkan ke reban apabila hari dh senja.
Pelbagai jenis haiwan yang akan masuk ke farm kami especially jenis tidak memerlukan lesen ( non-cities) dan selagi tidak memerlukan kos yg tinggi . In Sha ALLAH.

Cafe mama:
Sama juga di cafe mama, anak2 juga dpt membantu kerja2 Di dapur, kemas meja makan, ambil order customer , adakalanya minta anak2 bantu buat kuih. At least mereka ada aktiviti lain . Kalau takde , mereka mengadap handfone saja.

Akhir sekali :
J O M L A Y A N G A M B A R A I S Y













Info farm and cafe:

F A R M kami berkonsepkan cafe & animals farm yg berkeluasan hampir dua ekar. tuan-tuan boleh minum bersantai sambil melihat keindahan taman haiwan jinak. Sambil minum2 petang , boleh bawa anak2 buat lawatan ke petting zoo, bermain dgn haiwan2 seperti rabbits, guinea pig, hedgehog , dan pelbagai jenis burung seperti merak , burung kuang emas , kuda-kuda , ostrich, ayam giant cochin, ayam brahma, silver laced bantam, polish , ayam mutiara dan macam2 lagi haiwan ternakan lain. @ Pak Teh Farm

No comments:

Post a Comment