Sunday, 18 September 2011

Sepi tanpa Ternakan di kampung

Salam semua,

Syawal dh hampir meninggalkan kita..cuma nk berkongsi cerita , Masih ingat lagi pertama kali penyakit sampar " singgah" di rumah saya pada ramadhan 2010 (tahun lepas) ..memang banyak yg tergolek kt reban tu.." sampar" singgah di rumah tu dalam 2 bulan baru reda..tinggal la beberapa ekor induk yg bertahan . kini pada syawal 2011 "sampar" kembali lagi menjengah ke reban di kampung saya tu...semalam balik ke kampung ...yg tinggal cuma beberapa ekor sahaja..
sedih mmg la sedih..tapi alhamdulillah semangat masih kuat untuk meneruskan perjuangan sebagai penternak ayam,puyuh dan yg terbaru burung lovebird dan cockateil.
Pada penternak kecil-kecilan macam saya ni harap anda semua kuatkan semangat. itu semua ujian dari Nya.. Dalam masa terdekat ini mungkin saya akan menjual beberapa ekor ayam hutan (untuk denak). insyallah...
pada yg minat baka ayam hutan denak ni tunggu ye...insyallah menyusul.

No comments:

Post a Comment