Thursday, 26 July 2012

24 July 2012 - Berita Baik utk peminat burung


Minit Mesyuarat bersama Menteri Sumber Asli dan Pegawai Perhilitan / Veterinar serta penasihat :

Seperti kita maklum burung kicau seperti murai kampung dan Merbah Jambul telahpun dikeluarkan dari dikenakan Lesen, Dibawah ini adalah minit mesyuarat yang telah disediakan oleh saudara Zainal yang membuat usul semasa mesyuarat bersama menteri dijalankan.

[MINIT MESYUARAT INI TELAH DISEDIAKAN OLEH SAUDARA ZAINAL AMN. SAYA BERHARAP SEGALA SPEKULASI DAN SENTIMEN TIDAK DIMAINKAN SELEPAS INI. SEKIAN TERIMA KASIH]

Mesyuarat di dewan tertutup bersama Menteri Dato Sri Dougles Unggah Embas bertempat di Putrajaya pada 24 Julai 2012.
Mensyuarat di hadiri oleh:
a) Panel kerajaan yg terdiri dr Dato Sri, Dato2 SUK, setiausaha, Perhilitan, penasihat Veterina, dll yg terdiri dari 15 orang.
b) Panel perwakilan dari pemilik zoo, taman rama2, taman buaya, pencinta burung dll yg terdiri dari 25 orang dan diwakili oleh 5 orang speaker.

Intro dimulakan oleh Dato Sri sendiri yg menitik beratkan tentang persefahaman dan isu2 yg dibangkitkan oleh NGO antarabangsa yg mengugat kredibiliti kementerian. Persatuan diminta tampil utk menyokong kementerian dan memberi pandangan bagi memastikan kesinambungan kerjasama dr kedua2 belah pihak.

Sebelum speaker pertama memberi hujah, semua perwakilan dgn bersemangat berdiri sambil memegang tangan secara berantai utk menunjukkan persepaduan dalam menyampaikan isu2 tersebut.

Antara isu2 yg di utarakan dari wakil speaker pertama hingga ke-3;

1. Rama-rama :yuran, pemburuan, import/export spesis luar dan isi kuatkuasa.
2. Taman buaya : status penternakan, jenis2, pembiakan dll
3. Spesifikasi kandang yg perlu kajian semula dll isu yg berkaitn.

Segala usul dari perwakilan mendapat jawapan yg positif dr pihak kementerian dan pihak kementerian bersetuju untuk membawa ke mesyuarat minggu hadapan bagi memperincikan aduan dan tindakan kearah penyelesaian.


Perwakilan ke-4 adalah menjurus kepada isu2 burung.
Saudara Shek :

1. Pertukaran nama lesen bagi mereka yg menjual burung kepada pembeli.
2. Masalah kebenaran pemeran dan permit.
3. Isu saiz sangkat yg telah di aktakan bagi tujuan logistic. Segala isu yg dibangkitkan mendapat respond yg baik dan kementerian mengangap perkara yg ke-2 adalah tidak relavan sekiranya burung tidak boleh di pindahmilik dan ditukar nama.

Perhilitan adalah dinasihatkan agar melihat isu tesebut dengan teliti dan berlandaskan logik.

Perwakilan ke 5 - Menjurus kepada isu2 murai batu dan barau-barau.
Saudara Zainal.

1. Barau-barau -Masalah kepupusan dan permohonan kelulusan bagi program pembiakan bagi individu.
2. Murai Batu- permohonan utk kementerian menimbang pengeluaran lesen2 baru.

# Kementerian menyambut baik cadangan dan meLULUSkan secara bersurat bagi "penarikan balik larangan sementara menangkap burung-burung liar".

Isu cockateil dan budgerigar masih diperingkat awal dan tiada tindakan yg di jalankan memandangkn isu tersebut masih hangat dlm perbincangan. Salah sorang dr panel kementerian menyuarakn bahawa isu tersebut boleh diselesaikn dan ia termasuh dlm permasalahan perlesenan yg perlu dititikberakan bersam kes2 lesen yg lain. Ini bermakna, lesen untuk pemeliharaan Murai Batu secara berlesen adalah di benarkan.

Pembiakan barau-barau dan Murai Batu adalah sangat2 digalakkan.

Penarikan balik larangan adalah bukan sahaja tertumpu kepada MB dan Barau2 sahaja tetapi kepada seluruh penarikan akta yg telah diwartakan 10 tahun lepas. Ini bermakna ayam hutan dll jenis burung adalah termasuk dlm penarikan balik larangan tersebut. Saya teramat terharu dan berterimakasih kepada panel kementerian atas pertimbangan tersebut.

Majlis di tutup pada jam 1600.

Semoga keputusan ini dapat memberi kelegaan bagi pihak pemilik,pembiakan dan pemburuan halal.

Terima kasih kepada pihak Kementerian dan Perhilitan di atas pertimbangan ini. Saya yg memegang amanat. Sekian T. Kasih.
Zainal AMN.


***Syabas kepada yg terlibat. dan terima kasih kepada persatuan pengusaha Zoo dan Pembiak Baka
( P4PHM) dan saudara Zainal Amn dan juga Shek Nizam ( parrot farm)

No comments:

Post a Comment